Friday 20 November 2015

Assalamualaikum warga MAC khasnya dan semua pemancing tegar amnya...
Dah lama jugak tak berposting disini kerana tuntutan kerja yg sangat memerlukan komitment sejak akhir2 ini.Namun begitu MAC tetap aktif dengan program semasa.

Kini MAC terus mengorak langkah dengan program carboot sale setiap minggunya iatu pada setiap jumaat malam sabtu. Carboot sale ini adalah cetusan idea ahli MAC juga Admin baru ke7 MAC iatu bro NAZIR.Lokasi dipilih adalah dihadapan Qidran Tomyam yang juga di istihar HQ MAC kerana disinilah tempat berkumpul dan bertemu sesama ahli.Ianya telah beroperasi pada 16/10/2015 lalu.

Qidran Tomyam terletak di Horizon Garden bersebelahan Pejabat Tanah & Daerah Manjung sederet dengan Bank Rakyat Manjung.Semua Pengunjung terutama Pemancing tegar bolehlah mengunjungi carboot sale ini sambil berkenal2an dengan krew MAC yang ensem2.yang nak menyertai MAC sila dapatkan borang dari admin MAC disana.(disudut kanan uniform MAC ada tulis admin MAC)untuk makluman ahli mac semakin bertambah dan kita akan jadi teguh bila bersatu..semoga disini titik permulaan perkenalan menjadi sejarah kita...RIADAH,SILATURAHIM,SANTAI.....

Update terkini:# Qidran Tomyam kini bukan lagi HQ MAC dan segala opersi disana sudah tiada kaitan dgn MAC bermula April 2016.harap maklum.tqvm.
segala kesulitan amat dikesali..............................