Wednesday 22 October 2014

Strike Snake Head!!

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog MAC..


Post yang terdahulu admin cerita pasal ikan haruan je kan..kali ni admin nak cerita pasal komplot meruan crew2 MAC di sekitar area Lumut..kebiasaan haruan ni galak menyambar umpan pada waktu awal pagi dan petang sewaktu matahari tak terik..kalau tengah2 panas ni haruan hanya menyorok di tempat2 yang tak panas jadi peluang nak menerima sambaran memang tipis..ape pun jom kita tengok komplot ni..




Lubuk puaka Haruan

Yang kt tengah2 tu admin MAC..yang belah kanan pakai beg merah tu sifu An Man dan yang kt belah kiri tu pulak En Zul(karau) memang otai snake head Manjung..senang citer beliau memang snake head killer la..asal casting je mesti dapat..lubuk ni penuh cabaran sebab banyak kayu2 dekat dalam paya ni..kalau silap teknik casting alamatnye sangkut la..kalau yang pakai Jump Frog mesti menangis ooo..




Dari kiri : Didy,En Zul(karau),Amin Brado & Amier
Admin MAC(Angah) pulak nak bergambar..Peace yo!







Ni lah hasil komplot meruan crew2 MAC..12 ekor kesemuanya..janji semua merasa strike dari haruan...curut tak curut janji karennn! haha.. 





P/S : admin blog ade sekali dalam komplot tu tapi datang lewat dan masa strike hampir2 bawak naik atas tapi terlucut masa hampir naik atas darat..bukan rezeki namanye..huhu..(malu nak tunjuk gambar sebab tak dapat ikan hehe)



Haruan a.k.a Snake Head

Assalamualaikum....

Admin blog minta maaf sebab dah lama tak update blog..bukan sebab tak ade gambar2 trip tapi sebab terlalu sibuk bekerja..maklum lah hari2 balik koje lewat..nak cari duit kate kan..hihi..



Haruan? kalau sebut je haruan mesti ramai yang tahu spesis berkepala ular(snake head) ni.. ikan haruan memang kaya dengan khasiat protein iaitu acid amino terutama untuk menyembuhkan luka2 luaran mahupun dalaman..cakap je dekat mana tempat yang ade lopak air mesti ada haruan sebab ikan ni memang senang membiak dan boleh menyesuaikan diri hidup dekat mane2 pun..


Nama saintifik haruan adalah Channa Striatus
Ikan haruan memang dikategori sebagai ikan pemangsa yang menyambar hampir apa saja yang melintas di kawasannya..umpan 'killer' untuk ikan ni memang no 1 katak hidup la..tapi ade jugak yang gunakan katak tiruan atau nama feymesnye 'Jump Frog' ..tak tahu kenapa namanya jump frog padahal tak de kaki pun..hehe.. 



Jump Frog berbagai jenis dan warna
Boleh dikatakan harga bagi seekor Jump Frog ni boleh mencecah RM35! wow mahal tu..sesuai bagi yang geli nak pegang katak tu boleh beli Jump Frog ni..tapi kalau nak dibandingkan antara umpan katak hidup dengan Jump Frog ni memang katak hidup la lebih killer..mungkin sebab bau dan renangannye yang cantik lagi menggoda si haruan untuk menyambar...strike!!




Haruan 3kg
Ni nak belanje sikit gambar sifu An Man bersama haruan 3kg! Rekod peribadi beliau mendaratkan haruan terberat...An Man ni memang kaki casting je..ikan dari keluarga snake head memang buruan dia la.. kalau sape2 duduk area Perak nak komplot casting tu boleh la pm beliau di fesbuk An Man ..





P/S : kalau nak segala jenis gewang ke boleh beli dekat beliau...boleh dapat harga murah2 punye...janji ajak dia komplot casting ..hehe 


Wednesday 15 October 2014

Manjung Anglers Club





Assalamualaikum... 
syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk mencipta blog official kepunyaan Manjung Anglers Club atau dikenali dengan nick name  MAC..Manjung Anglers Club di ambil sempena nama salah satu daerah di Perak iaitu Manjung atau nama dahulu dikenali sebagai Dinding..Untuk pengetahuan semua,MAC telah ditubuhkan sekitar penghujung September 2013 untuk menjadi kelab bagi kaki pancing di sekitar daerah Manjung..Juga dibuka kepada semua pemancing2 tidak dari mana sekalipun..Aktiviti memancing adalah di kawasan laut,sungai dan lombong(laut lebih diutamakan disebabkan jarak berdekatan dengan laut)..Pada ketika itu MAC masih tidak mempunyai ahli yang ramai dan aktif...Sekitar tahun 2014 ahli MAC semakin bertambah dan berkembang hingga dari luar daerah Manjung...caya lahh!!




Di sekitar daerah Manjung kebiasaannya pemancing akan memancing di sekitar muara di daerah Manjung seperti Muara Sungai Dinding,Sungai Segari & Muara Sungai Sempit..kebiasaan spesis yang terdapat di kawasan2 tersebut seperti ikan kerapu,jenahak,pari,siakap,senangin,semilang,gerut2,duri dan banyak lagi spesis yang lain..Jika ada bajet lebih boleh la pergi memancing di sekitar Pulau Pangkor,Pulau Sembilan,Pulau Jarak,Pulau Talang (Pantai Remis) ..



Sembang punya sembang lupa pulak nak kenal kan founder MAC ni...ha ini dia founder MAC


Nama singkatan beliau Sham atau nama kiut2 nye Angah..hehe..berumur 22 tahun (sama umur dengan si penulis blog MAC dan satu sekolah menengah tingkatan 4&5) ..memancing sejak dari kecil sebab tu beliau banyak pengalaman..si penulis blog MAC pun sebenarnya di invite oleh beliau untuk masuk ke MAC ni pada pertengahan bulan April 2014(kira nubis dan kubis lagi hehe) ..



P/S : kepada yang tak ade kelab memancing lagi tu moh le join MAC..