Assalamualaikum...
syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk mencipta blog official kepunyaan Manjung Anglers Club atau dikenali dengan nick name MAC..Manjung Anglers Club di ambil sempena nama salah satu daerah di Perak iaitu Manjung atau nama dahulu dikenali sebagai Dinding..Untuk pengetahuan semua,MAC telah ditubuhkan sekitar penghujung September 2013 untuk menjadi kelab bagi kaki pancing di sekitar daerah Manjung..Juga dibuka kepada semua pemancing2 tidak dari mana sekalipun..Aktiviti memancing adalah di kawasan laut,sungai dan lombong(laut lebih diutamakan disebabkan jarak berdekatan dengan laut)..Pada ketika itu MAC masih tidak mempunyai ahli yang ramai dan aktif...Sekitar tahun 2014 ahli MAC semakin bertambah dan berkembang hingga dari luar daerah Manjung...caya lahh!!
Di sekitar daerah Manjung kebiasaannya pemancing akan memancing di sekitar muara di daerah Manjung seperti Muara Sungai Dinding,Sungai Segari & Muara Sungai Sempit..kebiasaan spesis yang terdapat di kawasan2 tersebut seperti ikan kerapu,jenahak,pari,siakap,senangin,semilang,gerut2,duri dan banyak lagi spesis yang lain..Jika ada bajet lebih boleh la pergi memancing di sekitar Pulau Pangkor,Pulau Sembilan,Pulau Jarak,Pulau Talang (Pantai Remis) ..
Sembang punya sembang lupa pulak nak kenal kan founder MAC ni...ha ini dia founder MAC
Nama singkatan beliau Sham atau nama kiut2 nye Angah..hehe..berumur 22 tahun (sama umur dengan si penulis blog MAC dan satu sekolah menengah tingkatan 4&5) ..memancing sejak dari kecil sebab tu beliau banyak pengalaman..si penulis blog MAC pun sebenarnya di invite oleh beliau untuk masuk ke MAC ni pada pertengahan bulan April 2014(kira nubis dan kubis lagi hehe) ..
P/S : kepada yang tak ade kelab memancing lagi tu moh le join MAC..
1 comment:
macam mana nak join MAC?
Post a Comment